Majlis Iftar Amal Perdana bersama YB Dr Mazlee Malik
Ada sejarah manis di sebalik penganjuran Majlis Iftar Amal Perdana anjuran Maha Consultants semalam. Buat pertama kali dalam sejarah, beberapa sekolah dan institusi pendidikan Islam swasta di Malaysia telah berada di bawah satu bumbung bersama2 dalm majlis iftar ini. Saya yakin kesemua pejuang dan pelopor pendidikan Islam ini (inisiatif swasta) mempunyai visi dan misi yang lebih besar ke arah greater validity of existence selepas ini.
Majlis ini mendapat sambutan yang luar biasa. Hampir 800 peserta bersama2 dalam majlis yang hebat ini. Bagi saya, saya dapat berjumpa dengan ramai sangat kawan2 lama yang sekarang giat aktif dalam pelbagai institusi pendidikan Islam swasta.
Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dr Mazlee Malik dan juga input beliau di atas pentas sebelum waktu berbuka puasa. Sebagai moderator, saya mengambil peluang untuk membuat estrak idea, pandangan dan mungkin foresight YB Menteri dalam konteks pendidikan Islam swasta. Seperti biasa, pandangan beliau selalu ke hadapan. Key word beliau ialah "Be Relevant".
Saya ambil kesempatan juga untuk menimbulkan soal sustainability institusi pendidikan Islam swasta. Beliau merasai ini antara isu yang terbesar yang perlu ditanggani secepat mungkin. Mungkin dah sampai masa untuk merangka sustainable development goals (SDG) ala United Nation white paper tapi meruju kepada ekosistem pendidikan Islam umumnya dan pendidikan Islam swasta khususnya.
Kita, sebagai ahli masyarakat, amat berterima kasih kepada semua pelopor dan pencetus serta pelaksana inisiatif pendidikan Islam swasta. Melakukan kerja secara swasta dan persendirian tanpa bantuan kerajaan bukanlah mudah apatahlagi dalam bidang pendidikan. Tetapi terdapat ramai hero dalam komuniti ini samada yang telah mati atau masih hidup berjuang siang dan malam.
Mungkin dah sampai masa agar pihak kerajaan ( pusat dan negeri) dapat melihat bagaimana memberi sedikit insentif kepada inisiatif ini yang juga membina masyarakat dan negara. Di peringkat institisi pendidikan Islam swasta, cadangan ke arah menubuhkan Persatuan di kalangan mereka adalah satu milestone yang paling wajar dan berimpak.
MDB